Thursday, December 12, 2013

Sharing with kakak-kakak IKRAM ◔◡◔

Assalamualaikum kami ucapkan pada semua. Alhamdulillah Allah masih memberi izin kepada kita sebagai hamba-Nya untuk mencelikkan mata, menghirup udara segar dan bermacam-macam lagi kenikmatan yang sepatutnya kita bersyukur.

Pada hari Sabtu, 7/12/2013 ada beberapa kakak-kakak IKRAM yang comel datang untuk membuat sharing bersama pelatih-pelatih RSM. Program bermula daripada pukul 10 sehingga pukul 12. Alhamdulillah banyak yang kami dapat daripada kakak-kakak.

Apa yang kami dapat?


  • Setiap manusia ada pengalaman yang berbeza-beza. Pengalaman dijadikan pengajaran dan mematangkan seseorang.
  • What is life? Kita ni hidup untuk apa? 
  • Apa perancangan kami selepas keluar daripada RSM
Dan...... Kak Anis ada tunjuk dua video kepada kami. Video pertama mengisahkan kehidupan. Kita ni hidup untuk apa?
  • Untuk makan?
  • Untuk kerja?
  • Untuk belajar?
Dunia ni hanya senda gurauan yang tak kekal. Tempat untuk kita bercucuk tanam. Tapi yang kekal adalah akhirat. Tempat kita menuai hasil kita di muka bumi ini. 


Dalam Surah Al-An'am ayat 32 ada menyatakan bahawa

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa."


Video yang kedua pula tentang seorang hamba Allah yang daripada hidup dalam kejahilan, dibeleggu dosa dan bermaca-macam lagi dan akhirnya berubah menjadi wanita solehah. Setiap manusia berhak diberi peluang kedua tak kira teruk mana pun kisah silam dia. Hanya Allah yang layak menilai baik ataupun buruk hamba-Nya.


Kakak-kakak IKRAM bersama Pengurus baru kami, Ummi Siti Zubaidah


Semasa video ditayangkan

Alhamdulillah itu sahaja entry pada kali ini. Wassalam.....