Sunday, February 6, 2011

LAWATAN SEHARI KE RS SELANGOR

5 Februari 2011: 5 orang pelatih RSM telah berpeluang untuk mengikuti Lawatan Sehari ke Raudhatus Sakinah Selangor. Lawatan ini di ketuai oleh Pengerusi RSM sendiri iaitu Dr Hajjah Maimunah Fadzil yang lebih mesra di kalangan pelatih sebagai Bonda Mai. Turut serta adalah Pengurus RSM Fuziah Khamis juga warden dan 2 orang pembantu warden.
Pelatih RSM sesungguhnya amat bertuah kerana dalam lawatan sehari ini, pengisian program adalah dikendalikan sendiri oleh Ibu Yus, seorang yang telah lama dan berpengalaman mengendalikan Raudhatus Sakinah di Selangor.
Beliau telah memberikan buah fikiran dan ilmu yang amat berguna kepada pelatih RSM khususnya tentang perlunya mereka mensyukuri nikmat mereka menjadi pelatih di RSM. Sesungguhnya Allah telah memilih mereka untuk diberi peluang memperbaiki diri.

Pengerusi RSM, Dr Hajjah Maimunah Fadzil menyampaikan cenderahati kepada Ibu Yus sebagai tanda kenang-kenangan lawatan pelatih RSM ke RS Selangor. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan oleh Ibu Yus akan menjadi panduan berguna buat semua pelatih dalam mengharungi kehidupan sebagai insan berguna.
Warden RSM, Cik Nurul Shuhada bersama dengan Bonda Mai.

No comments:

Post a Comment